tomatogorengssambalbelacan


Nak cuba kerr?
Alhamdulillah, jom kita belajar masak sama-sama..
Meh PSKM ajarkan.

Pertama, sebelum kita masak, pastikan nasi dah dimasak yaaa..

Okay *buat muka serius


Bahan-bahan :

Tomato (terpulang pada cita rasa sendiri nak berapa)
Bawang besar (2 ulas)
Bawang putih (2 ulas)
Ikan bilis (pusuk)
Belacan (terpulang nak pakai brand apa)
Ajinomoto
Garam

Cara penyediaan bahan :

1. Potong bawang besar dan bawang putih kepada potongan medium.
2. Buangkan ataupun alihkan perut ikan bilis tersebut (alaa.. yang warna hitam tu)
3. Kalau sekarang orang guna "blend", tapi PSKM lain.. PSKM guna ni..
 

Lesung batu..!!

      sebab nak dapatkan aroma bawang bila ditumiskan nanti.
   
    * jadi masukkan kesemua bahan tadi (ikan bilis, bawang putih, bawang besar, dan belacan)


       *tumbuk sehingga medium halusnya. Hasilnya .... jeng jeng..


  Cara Memasak :

  1. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak.
  2. Masukkan bahan-bahan yg telah ditumbuk tadi.


   3. Masukkan tomato sedikit demi sedikit.
   4. Kacaukan untuk selama 5 minit

       Dah siap...!!


Kalau dah berjaya..atau cuba..
jangan lupa berkongsi ye ..
sekian..

Assalammualaikum..


No comments:

Post a Comment